Monday, November 15, 2010

Hadiah harijadi dari kerajaan Malaysia

15 Nov 2010 birthday saya.Kerajaan Malaysia bagi hadiah harijadi saya hari ni.Pertukaran anda ke Selangor diluluskan.

Thursday, November 11, 2010

100%

Visi Sekolah - Ke Arah Sekolah Cemerlang 2010 telah berjaya dicapai pada tahun ini berikutan keputusan UPSR 100% pelajar lulus dan seorang pelajar telah telah mencatat keputusan pertama kali 5A dalam sejarah Sk Nanga Semawang. Tahniah guru-guru,murid-murid,pengawas peperiksaan,pemberi markah UPSR 2010. 

Pada tahun ini juga sekolah telah berjaya mengekalkan kejuaraan 5 tahun berturut-turut dalam kejohanan olahraga Zon Dayu. 9 pelajar telah menjadi wakil zon dan 2 orang telah terpilih menjadi wakil bahagian sarikei.

Friday, November 05, 2010

Sunday, October 24, 2010

Sepi Semawang

Memang sepi bila tinggal sorang-sorang kat sekolah ni.Semua guru,kerani sekolah,tukang masak,pembantu asrama,budak-budak balik ke rumah hujung minggu. Ish macam mana saya boleh berani stay 2 malam kat sini..

Saturday, October 23, 2010

Kiriman dari Semenanjung

Sebelum balik ke Sarawak selepas cuti hari raya saya tertinggal pendrive.Dalam tu takde apa pun cuma lagu-lagu dan foto hari raya yang saya copy dari laptop adik.Isteri pos kan pendrive + 1 pendrive yang ada driver adobe photoshop CS3 + adobe ilustrator CS3.
Dijamin sampai esok - 3 minggu lepas isteri pos baru sampai kat tangan saya.
Luar lapisan plastik dalam balutan kertas.
2 pen pandu selamat sampai ke Sarawak.
Terima kasih buat isteri, nampak comel 2 pendrive kaler biru tu :)

Wednesday, October 20, 2010

Kerahan Tenaga

Petang Khamis Simon, Stenli,Bija dan Daniel Luat bertungkus lumus mengerah keringat..

Sunday, October 10, 2010

Sepuluh Sepuluh Sepuluh

Kita tak akan jumpa lagi tarikh camni. Aisey terlewat nak post entri pukul 10.10 pagi tadi..

klik di sini untuk sejarah tahun lepas :

Thursday, October 07, 2010

Permata Untuk Isteri












Permata (Untuk Isteri Ku) - Kopratasa

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


7 Oktober 1981 hari lahir isteri. Bangun pagi nak ucap "selamat hari jadi sayang..." tapi sorang kat Selangor sorang kat Sarawak, nak call pagi-pagi wish birthday.. line telefon kat pedalaman ni pun takde.. 

Hari ni dapat ucap kat FB, harap tahun depan dapat ucap time bangun pagi.
Selamat hari lahir sayang... :)

Sunday, October 03, 2010

Semawang X

Gambar ni saya shoot dari kedudukan tenaga yang tinggal 10%

Tenaga yang tinggal 10%

10 bukit terbaik minggu ini

Skuad bermotor Sk Nanga Semawang

Budak-budak yang mengikut arahan

Saturday, October 02, 2010

Program Realiti

11 sudah tersingkir petang semalam, tinggal 6 yang masih bertahan sehingga hari ini bagi meneruskan program realiti show di Sk Semawang. Bermula petang esok kesemua 11 peserta yang terkeluar akan diundi masuk semula. Menuju puncak !

Belakang tabir sesi bergambar warga SKNS.klik gambar untuk tumbesaran.

Friday, September 24, 2010

Raya ke 15

:) Selamat menyambut syawal ke 15.Betul punya cuti blog pun terus sepi.Semalam makan kuih raya yang tinggal saki baki.Memang sedap biskut arab.Gigitan yang terakhir saya kunyah dengan penuh perasaan.Mana nak cari lagi kat tengah-tengah hutan ni.
Raya tahun ni 1st raya sebagai suami dan 1st raya berkunjung ke rumah saudara-mara belah isteri.Rumah Sham dia gantung signboard F&N lama kaler merah kuning dekat pintu masuk.Condition sangat baik.Saya jadi tak keruan.Dalam rumah penuh barang-barang lama.Saya jadi tak tentu hala.Sebelum balik saya sempat pau gelas green spot.Dia kata nanti dia bagi,ada banyak lagi dia simpan.Balik cuti sekolah bulan 11 nanti saya dah ada geng cari barang lama kat Kelanang.
Beraya rumah Pakcik belah isteri di KL tersadai kereta mini moris minor.
"Pak long tak jual lah nak repair nanti mini tu".

Beraya rumah Pakcik belah isteri di Selayang tersadai basikal chooper.
"Pak Usu cari nut tayar belakang satu KL tak jumpa.Try kamu cari basikal chooper kat mudah".

Saya membuat kesimpulan memang susah nak bagi barang kat orang kalau barang tu memang pernah kita pakai zaman kita muda-muda dulu.Biarlah benda tu berkarat dan tersadai janji ada depan mata.

p/s saya jumpa satu kubur lama kat kawasan perkuburan Kg.Kelanang letak botol 7UP jadi batu nesan.Ada berani ? :p

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka ke 53


1511 - Portugis menawan dan menakluki Kota Melaka.
1641 - Belanda menguasai Melaka selepas mengalahkan Portugis.
1824 - British mendapat hak meluaskan pengaruh di Semenanjung Tanah Melayu,Sarawak dan Sabah melalui   perjanjian Inggeris-Belanda.
1841 - British menguasai Sarawak melalui pelantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak.
1882 - British berjaya menguasai Sabah.
1942 - Jepun menguasai Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak.
1957 - Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

p/s awek dalam gambar atas tu isteri saya.


                                     menunggu detik 12 tengah malam di Semawang

Sunday, August 29, 2010

Mood Balik Kampung


Minggu ni mood balik kampung. Dalam kepala dah terbayang airport Sibu.Drebar kapal jangan main delay-delay lak.Bawak kapal tu laju-laju sikit. Anak/isteri dah menunggu lama kat LCCT sambil nyanyi lagu kepulangan yang dinanti - Aman Shah.


Saturday, August 28, 2010

Pejabat Pos Binatang




Sebelum ini nama bagi Bintangor adalah Binatang. Bintangor terletak didalam bahagian Sarikei. Selama hampir 2 tahun Bintangor adalah tempat hujung minggu saya apabila keluar dari sekolah dan saya akan menumpang dirumah rakan guru dari semenanjung yang tinggal disitu.

Info Bintangor klik disini :

Wednesday, August 25, 2010

Six Puluh Lima


Ni nak kira macam mana ni..

Paul Timban


Nama : Paul Anak Timban
Umur  : 7 tahun
Alamat : Rumah Panjang Amut Bawah
Status : Macam budak letih berpuasa

Tuesday, August 24, 2010

RC Cola

Gelas RC Cola cuma ada 1 sahaja dalam simpanan saya. Waktu saya beli di sebuah kedai kira-kira 6 tahun lepas memang banyak gelas-gelas RC Cola ni tapi waktu tu saya betul-betul tak tau jenama RC Cola ni barangan colector.

Lebih info dan gambar klik blog ini :
( Reviving History : A Story of Ayer Lamned )

Sejarah RC Cola klik sini :

Monday, August 23, 2010

Dari Jauh Ku Pohon Maaf

2010 tahun ke 3 berpuasa di perantauan.Paling jiwa terusik bila alarm member serumah bunyi lagu Sudirman. Lagu Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf saya letak ranking nombor 1 lagu paling sedih bila dengar di perantauan.Anda bagaimana ?




Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara ( pada anak isteri dan saudara ) -untuk versi Ahmad Jais
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Cerita-cerita ramadhan 2009

Bakat TV 1971



Dulu Bakat TV la program kalau nak tunjuk terer. Rekod ini terbit 10 tahun sebelum kelahiran saya. Ianya menampilkan 12 peserta diantaranya Dato'Jamali Shadat, Salamiah Hassan, Ismail Hamzah, Michael Tan dan beberapa nama lagi yang tidak saya kenali.Mungkin anda yang membesar dengan program ini mengenali mereka.Program Bakat TV 71 ini bermula pada bulan November 1970 dan berakhir pada April 1971. Bateri Eveready adalah sebagai penaja utama.