Saturday, July 12, 2008

Bermulanya praktikal di SK Kepala Batas


Selasa 1 Julai 2008
Maka bermulanya satu lagi episod dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah iaitu latihan praktikal di sekolah selama 3 bulan.Sekolah yang dipilih adalah Sekolah Rendah Kebangsaan Kepala Batas Pulau Pinang.
Seperti biasa bagi mana-mana guru pelatih yang pertama kali menjalani latihan praktikal adalah untuk mendengar taklimat oleh Guru Penolong Kanan 1 memandangkan Guru Besar tidak berada di sekolah kerana mempunyai urusan lain di luar. Perkara-perkara dibincangkan selain mengenali diri adalah hal-hal berkaitan sekolah, peraturan, jadual waktu mengajar serta tanggungjawab sebagai seorang guru.
Selepas hampir 1 jam di bilik PK1 langkah diteruskan dengan memasuki bilik guru dan berkenalan dengan para guru-guru di Sekolah Kebangsaan Kepala Batas. Jelas, wanita lebih mendominasi dalam bidang perguruan.Daripada 56 guru di SK Kepala Batas hanya 15 orang adalah guru lelaki dan selebihnya perempuan.
Menjadi guru ganti bagi kelas 3 Cemerlang bagi mata pelajaran Pendidikan seni merupakan salah satu cara untuk membiasakan diri didalam kelas. Aktiviti didalam kelas berkisar kepada sessi pengenalan diri antara guru dan murid. Kelas dalam keadaan terkawal namun terdapat beberapa orang pelajar yang tidak mengikuti arahan guru. Kelas berakhir pada jam 12.oo tengah hari.
Dapat disimpulkan melalui pengalaman hari pertama berada di sekolah ; banyak lagi ilmu yang perlu diperolehi untuk menjadi seorang guru.


No comments:

Post a Comment