Friday, July 25, 2008

// Hari Kecergasan SK Kepala Batas P.Pinang


Sepertimana pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa bulan Julai ini sebagai bulan kecergasan maka SK Kepala Batas telah memilih Khamis bertarikh 23 Julai 2008 sebagai Hari Kecergasan peringkat sekolah. Aktiviti dimulakan dengan taklimat program oleh Cikgu Amri yang baru sahaja mendapat anugerah guru cemerlang pada awal bulan ini. Selesai taklimat aktiviti diteruskan dengan senamrobik oleh guru-guru dan murid-murid yang diketuai oleh Cikgu Shuib. Setelah hampir 30 minit aktiviti senamrobik aktiviti diteruskan lagi dengan acara sukaneka bagi tahap 1 dan acara tarik tali bagi tahap 2 yang dilakukan di padang sekolah sambil diurusetia oleh guru-guru SK Kepala Batas.

video

No comments:

Post a Comment