Wednesday, July 23, 2008

Mesyuarat Guru SK Kepala Batas



Bertarikh 19 Julai 2008 bersamaan hari Sabtu sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini maka berlangsungnya Mesyuarat Agung Guru-Guru SK Kepala Batas. Jumlah Kehadiran adalah sebanyak 97% memandangkan terdapat beberapa orang guru yang tidak dapat hadir dengan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat yang bermula pada jam 8.30 pagi itu berlangsung dengan suasana aman dan tenteram. Pada mesyuarat ini juga pemilihan ahli jawatankuasa sesi 08/09 bagi kelab guru atau lebih dikenali AKRAB telah diadakan. Sejurus selepas berakhirnya mesyuarat diadakan pula sesi motivasi bagi guru-guru serta warga kerja SK Kepala Batas dimana guru besar Tuan Haji Hassan Bin Haji Ahmad bertindak selaku penceramah motivasi. Sesi motivasi berakhir kira-kira jam 12.45 tengahari.

No comments:

Post a Comment