Sunday, July 27, 2008

Penilaian kali Pertama oleh Pensyarah Pembimbing




Pada hari Jumaat 25 Julai 2008 sesi penilaian kali pertama oleh pensyarah pembimbing, En. Azman b. Mohd. Hussain telah dijalankan. Memandangkan saya tiada jadual mengajar pada hari Jumaat maka hanya Mohd. Hisham Salleh sahaja yang dibuat penilaian ketika mengajar. Saya hanya dinilai pada persedian ketika mengajar berdasarkan kepada buku RPH, Alat Bantuan Mengajar seperti slide powerpoint dan video berkaitan topik pengajaran. Daripada perbincangan yang dijalankan keutamaan dari segi aspek kawalan kelas dan pendekatan pembelajaran harus lebih diberi penekan bagi melahirkan guru yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment