Wednesday, July 23, 2008

Pra Penilaian kali pertama Pensyarah Pembimbing ;En. Azman



Bertarikh 16 Julai 2008 bersamaan hari Rabu merupakan kedatangan pertama pensyarah pembimbing kami iaitu En. Azman b. Mohd. Hussain bagi melihat perkembangan kami di sekolah. Kedatangan beliau tepat jam 11.00 pagi dimulakan dengan perbincangan bersama guru penolong kanan 1 di satu sudut pejabat sekolah dan disusuli perbincangan bersama kami, Muhamad Hazad Irwana Bin Hambali dan Mohd. Hisham Salleh. Perbincangan yang berlangsung selama 1 jam lebih terarah kepada penyemakkan buku rancangan pengajaran serta penambahbaikkan yang perlu dibuat untuk menjadi seorang guru pelatih yang cemerlang. Ternyata kedatangan pensyarah pembimbing kami banyak memberi kesan yang berguna bagi menghadapi hari-hari sebagai guru pelatih dan seterusnya sebagai seorang guru yang akan mendidik anak bangsa.

No comments:

Post a Comment