Tuesday, July 15, 2008

Program Motivasi Jayawaris 2008


Bertarikh 8 Julai 2008 satu program yang dinamakan Program Jayawaris telah diadakan di dewan terbuka SK Kepala Batas. Objektif program ini dikhususkan bagi ibubapa murid tahun 4,5 dan 6 dimana anak-anak mereka bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau lebih sinonim disebut UPSR. Ianya lebih kepada suntikan motivasi kepada ibubapa melalui ceramah yang diberikan oleh seorang pakar motivasi dari Pulau Pinang. Program yang pada awalnya bermula pada 9.00 malam hanya bermula tepat jam 9.30 malam dengan jumlah hadirin yang tidak memberangsangkan. Diharap program seperti dapat memberi serba sedikit rangsangan kepada ibubapa dalam menghadapi anak-anak yang akan menghadapi peperiksaaan.

No comments:

Post a Comment