Sunday, July 13, 2008

Seminggu sebagai guru pelatih


Pengajaran pada hari pertama bermula. Silibus pada minggu ini adalah Membentuk dan Membuat Binaan. Bagi tahun 5 adalah membuat model papan congkak dan bagi tahun 3 adalah membuat topeng serkup.

Tajuk pengajaran untuk tahun 3 adalah membuat topeng rupabentuk haiwan. Rata-rata murid berminat dengan aktiviti seni yang akan dibuat. Saya telah membuat beberapa contoh muka haiwan pada manila kad dan ditampalkan pada papan hitam. Ini dapat memudahkan murid memahami apa yang harus dibuat. Rupabentuk haiwan yang telah diolah menjadi mudah untuk dilakarkan. Rupabentuk haiwan terdiri daripada bentuk-bentuk asas seperti bulatan dan segitiga . Terdapat murid yang cepat menangkap apa yang perlu dibuat namun terdapat juga murid yang tidak dapat memahami apa yang harus dilakukan.
Daripada pemerhatian saya murid masih lagi tidak dapat membuat bentuk-bentuk asas seperti bulatan dan segitiga dengan baik. Pengendalian kelas juga masih banyak yang perlu dibaiki. Murid agak bising, bermain-main didalam kelas serta tidak menumpukan perhatian. Kebanyakan pendekatan pembelajaran yang saya jalankan tidak berjalan dengan baik sekali. Walaupun dengan alat bantuan mengajar yang disediakan namun pengajaran yang disampaikan agak tidak tersusun. Kelas juga tidak dapat dikawal dengan baik. Terdapat segelintir murid yang bermain-main didalam kelas dan membuat bising. Keseluruhannya pengajaran pada hari minggu ini tidak mencapai objektif sepenuhnya. Penambahbaikkan harus segera dibuat sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment