Sunday, August 03, 2008

Program Khemah Ibadah Tahun 6 SK Kepala Batas




Satu program yang dinamakan Program Khemah Ibadah Tahun 6 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kepala Batas pada 1 dan 2 Ogos 2008. Program yang dikendalikan oleh Panitia Agama Islam SK Kepala Batas dan dibantu oleh 10 orang pelajar dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ini dikhususkan kepada murid tahun 6 sahaja bagi memantapkan diri dalam hal-hal berkaitan agama islam. Program yang bermula pada jam 3 petang Jumaat untuk sesi pendaftaran pelajar dan berakhir pada jam 12 tengahari keesokkan harinya. Antara pengisian program ini adalah ceramah mengenai solat yang disampaikan sendiri oleh guru besar SK Kepala Batas iaitu Tuan Haji Hassan Haji Ahmad, latihan dalam kumpulan, solat berjamaah, bacaan yassin, qimulallail, tazkirah subuh, senaman dan pembelajaran mengenai mandi wajib serta bacaan dalam solat. Diharap program seperti ini dapat menginsafkan diri dan memantapkan keimanan dalam diri pelajar serta umat islam secara amnya.

No comments:

Post a Comment