Saturday, September 13, 2008

// MINGGU KE 11 : ORIGAMI BAJU KEMEJA




Origami merupakan seni lipatan kertas yang berasal dari Negara Jepun. Pelbagai bentuk boleh dihasilkan dengan hanya menggunakan lipatan-lipatan kertas dari bentuk haiwan, bunga, kenderaan dan sebagainya. Pada murid tahun 3 saya telah mengajar mereka bagaimana membuat origami baju kemeja. Rata-rata murid tidak pernah membuatnya dan ini membuatkan mereka berasa seronok apabila berjaya menghasilkan origami baju kemeja pada akhir sesi pengajaran. Pada masa akan datang saya akan mengajar mereka membuat bentuk - bentuk yang lain pula dan semoga mereka menjadi semakin kreatif dan berasa seronok dalam matapelajaran pendidikan seni visual ini.

3 comments:

  1. cabang seni itu luas. cikgu berjaya membawa pengetahuan dan pengalaman yang cikgu ada ke dalam dunia pendidikan. pengajaran yang melibatkan unsur seni amat menarik minat murid-murid. Tahniah... Semoga terus berusaha dan sukses dalam usaha memartabatkan profesion keguruan.

    ReplyDelete
  2. hebat lah ko....

    ReplyDelete
  3. Salam,
    boleh tak saya tahu cara-cara untuk membuat origami kemeja?

    ReplyDelete