Tuesday, September 02, 2008

MINGGU KE 9 : Sejambak bunga dan Sempena Kemerdekaan




Proses pengajaran dan pembelajaran pada minggu kesembilan ini selepas seminggu bercuti adalah masih lagi teknik kolaj kaedah gulungan bagi tahun 5 dan teknik gurisan untuk pelajar tahun 3. Untuk pengajaran pada minggu kedua kaedah gulungan ini rata-rata murid sudah mahir dengan apa yang telah diajar oleh guru malahan terdapat beberapa murid yang agak kreatif dengan menghasilkan hasil seni yang baru. Bagi tahun 3 ini merupakan teknik yang baru bagi mereka dah hasil yang ditunjukkan agak kurang memberangsangkan namun ianya tidak menjadi kesalahan ini kerana pendedahan pertama tidak semestinya menjanjikan hasil kerja yang menarik. apa yang penting murid belajar dan harus diberi lebih pendedahan. Sekian.

No comments:

Post a Comment