Saturday, September 13, 2008

PERKHEMAHAN PERSATUAN KRS 2008




Bertarikh 29 dan 30 Ogos satu perkhemahan tahunan unit beruniform untuk Persatuan Kadet Remaja Sekolah telah diadakan di SK Kepala Batas. Guru-guru praktikal bersama guru-guru SK Kepala Batas telah berkampung selama 2 hari di sekolah bagi menjayakan program ini. Perkhemahan ini yang diketuai oleh kem Komanden En. Amri Abd Ghani telah berjaya mencapai matlamatnya dari segi kerohanian dan jasmaninya. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti kawad kaki, mencari harta karun, persembahan malam kebudayaan, pertandingan memasak dan bacaan yasin pada malam harinya. Dengan mengikuti perkhemahan ini sedikit sebanyak memberi pengalaman baru kepada guru-guru pelatih dalam menngharungi profesion perguruan kelak.

No comments:

Post a Comment