Friday, September 04, 2009

PUASA DI PERANTAUAN+PEDALAMAN


Petang-petang camni orang lain sibuk nak pegi bazar ramadhan tapi aku on the way perjalanan pulang ke sekolah. Laluan jalan tar ni lebih kurang 45-50 minit perjalanan. Laluan memang sunyi dari kenderaan, kiri kanan pokok-pokok dan bukit bukau.



Off road laluan hutan. Bentuk muka bumi berbukit-bukau. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45-50 minit jika laluan kering tak hujan. Perjalanan dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu hari raya era 60an,70an,80an dan 90an.
nota :Lagu 1 Aildilfitri – Fazidah Joned.
Lagu 2 Hijau – Zainal Abidin



Habuk jalan ni membuatkan daku teringat kat kuih raya batang buruk.



Orang Iban masak ikan,ayam dalam buluh sama macam kita buat lemang time hari raya tapi nama dia bukan lemang tapi pangsut kot.


.
Ini pelajar tahun 1 Lumai Anak Bakir. Tengokla buku apa yang dia baca. Harap-harap dia mendapat hidayah sempena kedatangan bulan ramadhan ni.

“cikgu, Mekah tu apa ?”

“cikgu, saya tidak nak jadi melayu nanti kena puasa tidak boleh makan..”




Slyvester Seli Anak Jenang pelajar tahun 1 mengalahkan orang berpuasa siap tidur dalam kelas. Seli budak yang paling degil, mulut dah la bising, suka berlari dan buat sliding dalam kelas. Minggu ni dia buat stail shuffle, tak tau mana dia tiru. TV kat rumah pun takde.

Kesimpulannya memang sedih gila kat sini.Moral memang down habis.Ni tadi baru tau permohonan cuti 3 hari lepas raya gurubesar tak luluskan pulak.

2 comments:

  1. jad mmg best la bc konye catatan ni nape dl ko xjd wartawan je ek!! aku tharu la jad

    ReplyDelete
  2. ehehehe yeje ko ni cla.tahun lepas memb aku pn ckp aku cam wartawan.ko kira org kedua la ckp camtu.

    ReplyDelete