Saturday, October 31, 2009

Baju Bundle GAP

Semalam dengan kelajuan internet yang tersenggut-senggut sempat saya melayari blog rakan yang saya kenali secara tidak sengaja ketika berhari raya pada tahun 2002 barangkali. Sudah lama rakan ini berblogging cuma baru sekarang saya mengetahuinya. Misi utamanya berblogging adalah sebagai catatan untuk bacaan anaknya apabila anaknya besar nanti. Misi yang bagus! Terdapat catatan dimana beliau menerima hadiah pemberian rakan yang melancong ke London berupa baju sejuk kanak-kanak jenama GAP. Salah satu jenama yang saya gemari namun kebiasaannya saya cuma membeli jenama itu di kedai bundle. Butik GAP hanya terdapat 4 sahaja di Malaysia. Salah satunya yang pernah saya pergi terletak di Queensbay Mall Penang. Harga yang ditawarkan agak mahal jadi membelinya di kedai bundle ataupun di FOS menjadi pilihan. Bulan puasa yang lepas saya terjumpa baju GAP ni di bundle Banting, terus saya membelinya dengan cuma membayar RM 5.

 

Baju GAP kanak-kanak yang saya perolehi di bundle berharga RM 5


 









































Gambar baju GAP warna merah diambil dari blog rakan dimana ianya dibeli di London.

No comments:

Post a Comment