Friday, November 13, 2009

Kronologi tarikh 15 November siri 1

15 November 1999 - Isnin.Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah menuju ke Pekan Banting yang jaraknya lebih kurang 5 ke 6 minit dari rumah bergantung kepada cara pemanduan. Dengan menunggang motor kriss pemberian bapak, aku meluncur laju sambil menyanyi-nyanyi kecil di dalam hati lagu rasmi apabila semua orang berada di hadapan kek sebelum meniup lilin. Destinasi adalah beberapa buah kedai di sekitar pekan Banting yang menjadi kunjungan aku,sepupu dan rakan-rakan ketika berada di tingkatan 2 hingga 5 (1995-1998). Hampir kesemua kedai aku masuk namun hati terpinga-pinga tidak seperti berumur 14,15,16,17 tahun yang lalu. Mana semua mesin game arked?Mana game kapal terbang?Mana game tembak-tembak?Mana game Metal Slug?Mana game lawan-lawan?Tinggal mesin kuda je.Dulu ketika berusia di bawah umur kedai game ni lah yang paling best buat remaja-remaja era Nirvana dan muzik alternative tapi time tu kalau duduk dalam tu tengah lalai main game hati memang cuak sekejap-sekejap mata tengok luar takut-takut polis buat rush. Hati memang tak tenteram diantara keseronokkan dan ketakutan. Hati berbisik kecil, sabar-sabar nanti umur aku dah 18 tahun aku lepak puas-puas main game takde nak risau apa dah! Tapi pada tarikh 15 November 1999 ketika genap berumur 18 tahun kedai game di sekitar Banting dah tak macam 3-4 tahun yang lalu. Banyak yang dah tutup. Mesin game banyak yang polis Banting angkut simpan kat balai dibiar terbiar begitu sahaja. Jadi sambutan ulang tahun ke 18 yang bermakna aku bukan lagi remaja bawah umur tidak seperti yang dirancangkan.















p/s Cerita ini adalah kisah benar.Tarikh dan hari seperti yang tercatat adalah betul seperti kejadian yang sebenar.

No comments:

Post a Comment