Friday, November 13, 2009

Member Kamcing


Saya ada seorang anak buah yang ketika ini menuntut di tahun satu Sekolah Kebangsaan Morib. Kami agak kamcing serta amat rapat semenjak dia berumur 3 tahun. Dia juga tidak memanggil saya pakcik, dia lebih senang memanggil nama saya sahaja iwan dan kebiasaannya ibunya akan memarahinya selepas itu kerana memanggil saya dengan panggilan nama sahaja. Hobi kami pada masa lapang agak sama iaitu membeli barang permainan dan bermain layang-layang. Pernah dia mengepaw saya agar membelikannya action figura ryukendo apabila dia mendapat tahu saya berada di Jusco namun saya tidak membelikannya kerana pada waktu itu kewangan saya agak meruncing. Saya selalu membawanya keluar berjalan-jalan. Pergi ke kedai haiwan, sesi minum-minum di kedai sekitar kawasan Banting-Morib, main layang-layang di Pantai Morib dan Kelanang dan membeli pakaian bundle. Ketika saya masih belum terpisah jauh dari keluarga dia selalu menelefon jika saya masih belum balik ke rumah selepas waktu bekerja.Dia berfikiran saya pergi ke mana-mana tanpa mengajaknya. Sudah hampir 2 tahun saya terpisah jauh dari keluarga, tahun pertama di P.Pinang dan tahun kedua di Sarawak. Maka pada waktu cuti sekolah sahaja saya dapat berjumpa dengan dia. Kini apabila pulang bercuti saya sudah mempunyai 2 orang member kamcing iaitu seorang lagi anak buah yang baru menganjak usia 3 tahun. Pada perbualan telefon baru-baru ni bersama 2 'member kamcing' mereka asyik bertanya bila saya akan balik. Tak sabar mereka nak bersiar-siar bersama saya. sekian.
 












Dua orang member kamcing saya.




















baju biru : wan lepas ni kita pegi main layang-layang nak?
baju merah: paman iwan, nak pegi beli lampu.
aku : lampu ape?
baju merah: lampu yang kat tangan tu.. 
aku : hah?

No comments:

Post a Comment