Friday, November 06, 2009

Pendidikan Seni Visual


Ok entri ni untuk Annazd yang bertanya tentang teknik-teknik dalam seni visual. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu. Untuk paparan lain anda boleh rujuk pada capaian kategori dan klik pada kerja seni.Selamat mencuba.



TEKNIK STENSILAN
Untuk teknik stensil rupabentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong diatas stensil. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkkan diatas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang diatas stensil dan diresap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupabentuk yang dihasilkan.

TEKNIK CAPAN
Secara amnya teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasil karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air/cat poster) dan dicap ke atas sesuatu permukaan. Berbagai rupabentuk boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.

TEKNIK GURISAN

Sesuatu alat yang tajam boleh digunakan untuk menguris keluar sesuatu bahan yang lembut di sesuatu permukaaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.


Rujukan : Nota Kuliah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah, Prinsip dan Pengkaedahan Pendidikan Seni Visual

1 comment:

  1. nk tanya..
    nota sal cdangan aktiviti dlm bilik drjah n luar bilik darjah da x??

    ReplyDelete