Friday, November 06, 2009

TEKNIK GURISAN

















1. Warnakan kertas lukisan dengan warna krayon. Anda boleh mewarnakannya secara spontan. Tidak semestinya krayon itu diwarnakan berbaris seperti gambar diatas. Apa yang penting adalah kertas lukisan itu dipenuhi dengan pelbagai warna krayon.

2. Apabila kertas lukisan sudah dipenuhi dengan pelbagai warna, anda perlu mewarnakan kertas tersebut dengan warna hitam hingga kertas tersebut menjadi hitam.

3. Akhir sekali anda boleh mula melukis pada permukaan kertas tersebut dengan menggunakan objek tajam seperti batang lidi, hujung pembaris dan apa sahaja yang difikirkan sesuai. Selamat mencuba. Sekian.

Update 18 Feb 2010
Sesuatu alat yang tajam boleh digunakan untuk menguris keluar sesuatu bahan yang lembut di sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. 

Nota : hasil karya akhir pada gambar adalah dari himpunan karya-karya pelajar PSV En. Mat Chat Pensyarah Pendidikan Seni Maktab Perguruan Tuanku Bainun.

2 comments:

  1. gua cadangkan lu wat cara-cara menghasilkannya...step by step...
    anyway gua sokong hasil yang lu buat

    ReplyDelete
  2. bila kertas tu dah diwarnakan hitam.korang guris kat permukaan kertas tu pakai lidi ke hujung pembaris ke. Ikut suka nak lukis gambar apa.

    ReplyDelete