Sunday, January 17, 2010

Kerja separuh jalan

Minggu ni rasa buntu nak menulis. Banyak dah saya draf pada notepad tapi semuanya tak siap. Sebagai memenuhi kriteria penulis blog secara kecil-kecilan dan tidak dituduh blog dah nak bersawang tak update saya masukkan juga tulisan-tulisan yang mana semuanya tidak disudahkan. Kira macam filem Jackie Chan kan akhir cerita dia tunjuk scene-scene yang tak jadi ha ni kira tulisan-tulisan yang tak jadi tu lah.


1.DUA MINGGU SUDAH
Hampir 2 minggu sesi persekolahan 2010 bermula. Sesi baru ni saya diarahkan oleh GB mengajar B.I, Math, Kemahiran hidup, Kajian Tempatan, Pendidikan Seni dan Muzik. Berbeza dengan tahun lepas cuma ajar b.i dan sains. Hampir....


2. MATH TAHUN 1
Sesi 2010 saya mengajar math tahun 1. Budak-budak kurang fasih lagi cakap bahasa melayu dan semuanya bercakap bahasa iban.(tak siap )


3.MESYUARAT PIBG 2010 VERSI SERIUS
Rabu 13 Januari 2010 seperti yang diwar-warkan sebelum ini maka berlangsungnya mesyuarat persatuan ibubapa dan guru atau lebih sinonim dengan singkatan PIBG. Mesyuarat yang dijadualkan bermula jam 2.00 petang hanya berlangsung kira-kira 30 minit kemudian. Ibubapa yang datang seawal jam 2.00 petang agak mengeluh sedikit dengan kelewatan yang berlaku. Mesyuarat dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh tuan guru besar dan diteruskan dengan kata-kata tuan YDP Tuai Rumah Abi. ( dan lagi.. )


Ok tu sahaja untuk kali ini. Selamat tinggal.


No comments:

Post a Comment