Tuesday, January 19, 2010

Musim buah yang menghampiri penghujungnya

Sejak kembali ke sekolah perut saya dipenuhi dengan buah-buahan yang begitu rancak berbuah disekeliling kawasan sekolah. Langsat, cempedak, pulasan, durian, rambutan semuanya menjadi pencuci mulut kami. Lama sudah saya tidak merasa nikmat mencari buah durian yang gugur. Rambutan? Untuk rasa yang masam pokoknya bersebelahan sungai berdekatan pondok jaga. Untuk rasa yang manis petik saja buahnya berdekatan rumah guru. Untuk rasa rambutan tapi berperasa laici pokoknya ada berhampiran sungai tempat kami mandi. Ok yang akhir tu saya tipu.

Buah ni macam durian tapi bukan durian.Durinya panjang-panjang dan isinya warna kuning pekat.Orang kat sini panggil buah isu. Saya cuba try rasa ,itulah yang pertama dan terakhir. Bau dia sangat kuat menyucuk hidung terus saya membatalkan niat untuk menghabiskan barang seulas.

Ni buah durian orang rumah panjang bawa untuk kami. Diorang potong duri durian ni biar senang nak bawa sampai sekolah. Rajin tak diorang ni? Kalau dah camni tak boleh lagi nak panggil buah durian lagi dah..

No comments:

Post a Comment