Monday, January 04, 2010

SELAMAT DATANG MURID-MURID TAHUN 1

Tahun 1988 dengan berkarektor rambut belah tepi,seluar pendek biru,kasut aliph, saya menjalani kehidupan sebagai seorang murid darjah 1 di Sek.Keb. Morib. Persekitaran sekolah (jika dibaca melalui penulisan) agak menarik.Berhadapan dengan sekolah adalah padang golf dan diikuti pantai di sepanjang jalan. Permandangan biasa hari pertama persekolahan seperti biasa bubapa akan menghantar anak-anak ke sekolah dan ada yang menunggu ditingkap-tingkap kelas sebagai pemberi semangat kepada anak-anak yang baru menjalani alam persekolahan serba baru.Situasi ini berlarutan 2-3 hari bergantung kepada tahap kecekalan anak-anak dan cuti yang ibubapa mereka ambil. Saya..? bukan 2-3 hari je bapak aku tunggu kat sekolah tapi tiap-hari hari dari darjah 1 sampai darjah 6.Benar, bapa saya adalah seorang tukang kebun di sekolah itu dan sekarang sudah  pun pencen.


 
Lukisan saya sewaktu darjah 1 tahun 1988 dimana subjek kegemaran saya adalah pendidikan seni.Masterpiece ini telah dibingkaikan sekitar tahun 2001 dan tersimpan rapi di dalam bilik.Kalau saya ni Pablo Picasso dah lama lukisan ni kena curi dan dijual berjuta-juta ringgit.

No comments:

Post a Comment