Friday, February 19, 2010

Kelas ekonomi lawan kelas bisnes

 
Isnin lepas saya terbang ke Sarawak menggunakan perkhidmatan MAS. Kebiasaannya siri penerbangan saya sama ada dari Sarawak ke Semenanjung atau Semenanjung ke Sarawak banyak menggunakan perkhidmatan AIRASIA yang mana time cuti sekolah je bukan main mahal. Lebih kurang jam 7.30 malam kapal terbang berlepas dan demi tugas saya terpaksa meninggalkan isteri,anak,keluarga di Semenanjung. Merujuk kepada no seat pada tiket berlepas tertulis 11B bermakna saya akan duduk ditengah-tengah diapit kiri kanan penumpang.

Bila dah masuk kabin rupanya seat saya sebelah pintu kecemasan jadi kiri saya tidak mempunyai seat bagi memberi ruang untuk penumpang keluar jika berlaku kecemasan. Nak lagi best seat sebelah saya juga tak ada sapa-sapa duduk jadi saya seperti membayar 1 harga tiket untuk 2 buah seat. selesa tak ingat eheh. 


Lepas pramugari bagi makan malam saya cuba tidur yang mana perkara tersebut tidak mendatangkan masalah langsung kepada saya. Sedang asyik beradu di angkasa tidur saya dikejutkan oleh seorang pramugara. Dalam hati ni mesti saya berdengkur kuat sangat sampai menganggu ketenteraman orang sebelah menyebelah. Lelaki berumur pertengahan 40an yang duduk di baris kanan agak tergelak-gelak melihat saya terjaga seperti kebingungan dengan majalah Junk yang dibeli sebelum berlepas terjatuh ke lantai pesawat. Pramugara menghulurkan bakul yang berisi sampul angpaw berwarna merah dan menyuruh saya mengambil satu sampul. Oo bukan sebab saya berdengkur. 

Saya bukak sampul merah, ok ada 2 duit syiling emas yang didalamnya coklat dan sekeping nota bertulis setelah dialihbahasa "beritahu pada pramugari jika anda mendapat nota ini. Kami ada hadiah untuk anda". Ok saya bagi kertas tadi pada pramugari dan dengan muka excited pramugari tadi memanggil rakan-rakan sekerja sambil berteriak kita dah ada pemenang lucky draw! Dalam hati dah berkira-kira ni mesti dapat tiket free pergi mana-mana distinasi.Tiba-tiba saya rasa popular sekejap dalam pesawat. Sesi bergambar dengan pramugari disamping hadiah dan nama diumumkan didalam pesawat. Hadiah tu bukan seperti yang saya jangka tapi sekotak coklat yang sampai teks ni ditulis masih belum saya buka. 


Time nak keluar dari pesawat sempat lagi pramugari-pramugari menitipkan ucapan tahniah kepada saya dan saya membuat kesimpulan penerbangan saya malam tu bukan standard kelas ekonomi tapi kelas bisnes.






 

3 comments:

  1. kalo lu taknak,lu leh campak kat gua...gua orait jer..

    ReplyDelete
  2. dalam tu coklat tapi tak bukak lagi.hehe

    ReplyDelete