Friday, February 26, 2010

Membina Boneka Kuda Kepang

 Ok, kepada pembaca blog yang bertanya langkah-langkah untuk membina boneka kuda kepang disini saya tunjukkan cara membuatnya. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu.

BAHAN-BAHAN
kertas manila kad, kertas warna, lidi, gam, gunting, pensil warna.

 

 

 1. Lukis gambar kuda kepang pada kertas keras atau manila kad. Untuk memudahkan pelajar guru perlu menyediakan potongan gambarajah kuda kepang dan murid hanya perlu meniru pada kertas manila kad mereka.

2. Potong gambar kuda kepang sebanyak 2 kepingan.


3. Hasilkan bulu pada tengkok dan ekor dengan menggunakan kertas warna dan sapukan gam serta lekatkan pada rupabentuk kuda seperti dalam gambarajah. Lidi juga perlu dilekatkan bersama.

 
4. Cantumkan kepingan kuda kepang menjadi 1 bahagian seperti gambarajah diatas.


5. Hiaskan kuda kepang secara kreatif seperti melukis corak, tampalan kertas warna dan sebagainya. Ok selamat mencuba.


2 comments:

  1. hi there,
    is really a helpful tips on building a "kuda kepang" which coincidentally my daughter's art exam for this coming PKSR1 also got this title...thanks!

    ReplyDelete
  2. terima kasih cekgu krana memberikan idea pada saya tk di observe esok.. cadangan yang bernas untuk dilaksanakan

    ReplyDelete