Friday, March 05, 2010

Tugasan rakan blogger

Hampir terlupa,seorang rakan memberikan tugasan yang menyebabkan saya mengambil gambar wallet dan mengeluarkan isi kandungannya serta memberikan butiran-butiran lanjut berkaitan :

1. Ok wallet ni baru pakai awal tahun 2010. Beli kat kedai hush puppies jusco bukit tinggi Klang. Wife belikan untuk hantaran nikah. Harga selepas diskaun rm121.

2. Dalam ni macam biasa ade ic ( mcm mana saya boleh amik gambar camni..),lesen,gambar ukuran pasport saya dan isteri, roadtax motor kat sarawak,kad bank bsn untuk kerajaan salurkan gaji, kad bank public bank untuk kerajaan salurkan duit claim, kad bank cimb majikan lama salurkan gaji kat sini, kad bank rhb easy untuk bayar loan asb. Kad-kad lain yang memenuhkan wallet kad jusco,kad seng heng,kad diskaun metrojaya dan kad toys r us untuk dapatkan diskaun hobi saya.

3. Lain-lain benda ada slip bulan lepas bayar duit kereta, sticker fido dido ( jumpa kat kedai runcit,fido dido ni kira klasik teringat zaman budak-budak dulu),kad klinik dan info pasal cokelat crispy. Ok selesai.




No comments:

Post a Comment