Wednesday, May 26, 2010

Perkara no.2 paling menarik

1. Minggu ni minggu2 terakhir sebelum cuti. Kitorg kat Sarawak ni cuti semester ni awal seminggu dari semenanjung sebab minggu depan Hari Gawai.

2. Tak sabar sangat nak balik semenanjung. Flight aku malam esok jam 8.30 malam.Kalau korang jadi aku mesti korang rasa camni gak.Rindu kat anak isteri,famili,anak buah,kampung halaman,hometown,kereta, semua lah yang selama ni kita tinggalkan.

3. Minggu lepas hari Khamis 20 Mei sekolah aku buat sambutan Hari guru dan Pra Gawai.Sebelah pagi sukaneka budak-budak.Sebelah malam sambutan hari guru macam biasa ada nyanyian lagu guru dan negaraku.Sepatut bagi la guru-guru buat persembahan ke apa, dah nama pun hari guru.Pukul 12 malam acara mak bapak karaoke sampai pukul 6 pagi.

4. Acara ranyai pada pemahaman saya adalah tuai rumah ( ketua rumah panjang ) akan 'ngajat' ( menari tarian iban mengikut alunan lagu dan kemudian memotong makanan yang diikat dengan tali pada dahan-dahan pokok.

5. Jam sudah pukul 12 tengah malam. Keadaan didewan sekolah yang pada asalnya bilik darjah tahun 2 dan 3 semakin meriah dengan ibubapa begitu gembira meraikan kedatangan hari gawai yang akan disambut tidak lama lagi. Ibubapa dengan botol tuak berada ditangan akan mengajak khalayak yang berada di dewan untuk minum bersama-mereka serta menari sesama mereka.

6. Leka saya mengambil gambar dan merakam gelagat mereka yang berada di dewan.Beberapa orang ibu pelajar mempelawa saya untuk minum tuak bersama mereka.

"ngirup chigu.Mimit.."

saya lari keluar dewan. Tak lama saya masuk semula ke dewan untuk mengambil gambar kali ni beberapa ibu pelajar mengepung saya dan menarik serta memegang tangan saya. Buat kali yang ke 4 saya berjaya melepaskan diri dan terus pulang ke rumah.

No comments:

Post a Comment