Tuesday, July 27, 2010

Coke

Mulanya 1 tin minuman coke secara tak sengaja menjadi koleksi.Tin coke yang dibeli pada tahun 2002 sengaja tidak dibuka penutup minumannya dan saya display diatas meja.Timbul minat untuk mengumpul tin coke setelah rakan memberitahu seorang pensyarah ketika itu saya masih belajar di itm mempunyai hobi mengumpul tin coca cola.

Kebanyakan koleksi tin-tin coke luar negara saya tidak membelinya,sebaliknya pemberian rakan-rakan dan abg ipar yang berkerja di airport.Pernah ketika pakcik mengerjakan haji saya memesannya membelikan tin coca-cola.
Balik seminggu ke semenanjung sempat saya menyelongkar balik koleksi tin-tin coke yang sudah saya simpan di dalam kotak. Tunggu nak beli almari baru display balik.

2 comments:

  1. ya! hobi yang menjadi koleksi! syabas .. banyak juga tu!

    ReplyDelete
  2. heheh koleksi kecil-kecilan je.Banyak dah tertinggal.

    ReplyDelete