Monday, July 19, 2010

Emergency mesej

- 18 Julai 2010 Jam 6 petang saya start motor nak pergi naik bukit cal isteri dan famili.Mula macam nak cancel sebab tiba-tiba hujan renyai mula turun.Saya gagahkan juga untuk membuat panggilan.

- 2 msg masuk daripada isteri bila saya sampai ke kawasan bukit yang cuma ada line celcom. " Ayah dah meninggal pkul 3 pg td ". Saya kelu tak terkata...

- 19 Julai 2010 jam 6 pagi saya bertolak keluar dari sekolah dengan keadaan jalan yang licin selepas hujan.Memang mencabar skill pemanduan motosikal.

- Jam 10.30 pagi saya sudah sampai di airport Sibu selepas menaiki motor,bas dan teksi.Tiket Sibu - KL jam 6.15 petang. Pukul 8.05 malam baru saya sampai di LCCT. Inilah harga yang terpaksa saya bayar hidup dipedalaman.

- Semoga roh bapa mertua dicucuri rahmat.Amin..Al-Fatihah.

* entri ini ditulis menggunakan laptop rakan maktab yang kebetulan saya jumpa di airport..

No comments:

Post a Comment