Friday, August 20, 2010

Catuan Bekalan Elektrik

Seorang rakan guru cuba membuat mogok secara aman dihadapan bilik janakuasa sekolah


1 MALAYSIA - Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan.
Konsep 1 Malaysia - menjadi asas kepada semua ini adalah PRINSIP KEADILAN UNTUK SEMUA KAUM, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum yang terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.

Bermula petang semalam elektrik disekolah saya hanya akan ada dari jam 5.30 pagi hingga 2.30 petang. Enjin generator hanya akan dihidupkan semula jam 7.00 malam hingga 12 tengah malam kemudian akan ditutup semula. Ini adalah atas arahan dari kerajaan yang menghadkan penggunaaan elektrik hanya 14 jam sehari dimana sebelum ini adalah 24 jam.

Tenaga elektrik yang dibekalkan adalah terhasil daripada 2 enjin generator yang terdapat dipenjuru padang sekolah dengan minyak diesel sebagai penggerak utama enjin tersebut. Penggunaan minyak sehari adalah 70 liter, dengan pencatuan minyak yang akan dihantar maka enjin tersebut hanya dapat berfungsi selama 14 jam sahaja sehari. Rakan guru yang mengajar dipedalaman Daro memberitahu sekolah mereka dari awal tahun lagi bekalan elektrik mereka sudah dicatu.

Apa cerita ni? Sengsara bertambah sengsara. Hidup dipedalaman ni saya cuma mengharapkan tv dan internet untuk menghilangkan kebosanan dari sehari ke sehari. Dengan ketiadaan elektrik pada waktu petang memang nak tidur pun panas, nak tengok tv pun tak dapat. Waktu malam pun kami akan berpanas dengan tidak berkipas.

Sepatutnya kerajaan kalau nak cut cost bukannya sekat diesel untuk generator ke sekolah-sekolah pedalaman.Siapa yang pernah tinggal disekolah pedalaman je faham macam mana sengsaranya duduk dipedalaman ni.Meh datang sini try duduk seminggu apa rasa. Di sekolah saya murid akan masuk semula ke kelas jam 2.30 petang untuk belajar,membuat kerja rumah dan sebagainya tapi bayangkan dengan keadaan panas elektrik tiada untuk menghidupkan kipas.

* bulan puasa kena banyak bersabar..petang semalam kami menyediakan juadah berbuka dengan keadaan gelap sehingga jam 6.30 petang barulah enjin dihidupkan.

No comments:

Post a Comment