Friday, August 20, 2010

Off Road Ramadhan

Petang Ahad 2 hari lepas memang best of the best 2010 punya trip balik ke sekolah.Macam biasa orang lain petang-petang camni pergi pasar ramadhan kitorang yang duduk kat pedalaman ni dah masuk balik ke sekolah.

Laluan lepas kena hujan 2 hari berturut-turut, bukit pertama semua motor dah kena tolak.Rasa macam nak berbuka puasa time-time tu gak.Habis semua tenaga yang tinggal sisa-sisa terpaksa digunakan tolak motor turun naik bukit.

Tanah penuh dekat mudgat motor langsung tayar tak boleh nak gerak, rasa macam tolak gajah suruh naik atas lori. Jalan lurus rasa berdebar gak kawal motor sebab jalan licin tetiba tayar depan melekat tak mau pusing terus saya tergolek dengan motor-motor sekali terbaring kat tanah. Kalau time-time hujan ni jatuh bangun motor dah jadi perkara nombor 1.

Pedal motor bengkok sampai gear pun tak boleh nak free,member lak dah jauh kedepan. Menjadi masalah berat kalau kena tinggal sorang-sorang. Saya tolak motor turun bukit dengan gear yang tak boleh free ok   enjin hidup,selamat..

Malam tu saya tidur awal,letih..badan sengal-sengal isteri jauh tak dapat nak minta tolong urut..Selamat berpuasa semua..
2WD yang banyak berjasa



No comments:

Post a Comment