Saturday, August 14, 2010

Poster Toy Story 3


Saya mula follow cerita Toy Story pada movie yang ke 2 pada tahun 1999 sebelum tu Toy Story yang pertama dah ditayangkan pada tahun 1995. Keluar dari TGV Bukit Raja Klang setelah habis menonton Toy Story 2 saya berharap akan ada sambungan Toy Story 3. Serius lepas tengok Toy Story 2 balik rumah kalau kat bilik selalu imagin barang-barang permainan atas meja saya akan bergerak time saya tidur. Errr waktu tu saya tahun pertama di ITM. Akhirnya setelah 11 tahun menunggu Toy Story 3 menerjah pawagam pada 17 Jun 2010.Beratur punyalah panjang nak dapatkan tiket.Ingatkan  pukul 11 pagi saya,isteri dan anak sampai awal kat TGV Bukit Tinggi rupanya ramai lagi yang sampai awal..

Poster ni saya dapat hujung bulan lepas kat pawagam Sibu. Isteri datang Sibu jadi malam tu bawak tengok wayang cerita Salt. Auntie jaga tiket jual kat saya RM25 mintak kurang tak bagi. Poster memang baru bukan yang dah display.Balik semenanjung nanti saya nak frame dan gantung kat dinding rumah.



Gelas Toy Story 1 ni saya beli di Car Boot Sale Stadium Shah Alam. Lama dah tak berpanas kat pasar stadium ni..

No comments:

Post a Comment