Saturday, August 14, 2010

Sukan SEA 1983


Sukan SEA yang ke 12 telah diadakan di Singapura pada 28 May - 6 Jun 1983. Sebanyak 18 acara telah dipertandingkan dan negara Indonesia telah menjadi juara pada tahun itu diikuti Filipina tempat ke 2 dan Thailand tempat ke 3. Malaysia pada tahun terebut menduduki tempat ke 6. Milo merupakan minuman rasmi bagi acara sukan tersebut. 

Mug Milo ni berserta beberapa gelas yang lain saya dapat dari sebuah kedai  gambar di kampung saya awal tahun 2000.Waktu tu tokey kedai tu cakap dia kemas stor kedai lama dia jadi rupanya banyaklah gelas-gelas lama tersimpan dalam stor. Ok, saya beli lah beberapa biji gelas label lama untuk dijadikan koleksi seperti Kickapoo, RC cola, Mirinda, Nescafe Shake, daripada bersusun gelas-gelas brand lain yang ada kat situ macam brand FnN, Sarsi, Coca-cola.Waktu tu kalau dah ada blog-blog koleksi barangan lama macam sekarang memang saya beli semua gelas-gelas yang ada kat kedai tu.

Bulan lepas saya pergi balik kedai tu, sebijik gelas pun dah takde..

1 comment: