Friday, September 24, 2010

Raya ke 15

:) Selamat menyambut syawal ke 15.Betul punya cuti blog pun terus sepi.Semalam makan kuih raya yang tinggal saki baki.Memang sedap biskut arab.Gigitan yang terakhir saya kunyah dengan penuh perasaan.Mana nak cari lagi kat tengah-tengah hutan ni.
Raya tahun ni 1st raya sebagai suami dan 1st raya berkunjung ke rumah saudara-mara belah isteri.Rumah Sham dia gantung signboard F&N lama kaler merah kuning dekat pintu masuk.Condition sangat baik.Saya jadi tak keruan.Dalam rumah penuh barang-barang lama.Saya jadi tak tentu hala.Sebelum balik saya sempat pau gelas green spot.Dia kata nanti dia bagi,ada banyak lagi dia simpan.Balik cuti sekolah bulan 11 nanti saya dah ada geng cari barang lama kat Kelanang.
Beraya rumah Pakcik belah isteri di KL tersadai kereta mini moris minor.
"Pak long tak jual lah nak repair nanti mini tu".

Beraya rumah Pakcik belah isteri di Selayang tersadai basikal chooper.
"Pak Usu cari nut tayar belakang satu KL tak jumpa.Try kamu cari basikal chooper kat mudah".

Saya membuat kesimpulan memang susah nak bagi barang kat orang kalau barang tu memang pernah kita pakai zaman kita muda-muda dulu.Biarlah benda tu berkarat dan tersadai janji ada depan mata.

p/s saya jumpa satu kubur lama kat kawasan perkuburan Kg.Kelanang letak botol 7UP jadi batu nesan.Ada berani ? :p

No comments:

Post a Comment