Thursday, October 07, 2010

Permata Untuk Isteri












Permata (Untuk Isteri Ku) - Kopratasa

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


7 Oktober 1981 hari lahir isteri. Bangun pagi nak ucap "selamat hari jadi sayang..." tapi sorang kat Selangor sorang kat Sarawak, nak call pagi-pagi wish birthday.. line telefon kat pedalaman ni pun takde.. 

Hari ni dapat ucap kat FB, harap tahun depan dapat ucap time bangun pagi.
Selamat hari lahir sayang... :)

No comments:

Post a Comment